Kemasan tambahan pada kertas simili atau art paper supaya kelihatan berkilat dan licin seperti 'glossy paper'. Dengan kemasan ini kertas 'MURAH' sepert simili 80gsm akan kelihatan 'MAHAL'
Friday, 29 January 2016
Jenis Kemasan - Spot UV
Kemasan tambahan selepas matt lamination, kad akan kelihatan lebih menarik dengan bahagian tertentu kelihatan sedikit timbul dan berkilat kesan proses 'spot UV' Kad nama jenis ni nampak agak ekslusif kesan penampilan yang dihasilkan menggunakan kemasan 'Spot UV'
Jenis Kemasan - Matt Lamination
Kad nama akan kelihatan lebih cantik dengan kemasan ini, agak kalis air kerana permukaannya agak licin tanpa kilat seperti plastik kasar, tetapi jika terendam di dalam air terlalu lama, kertas akan rosak.
Thursday, 28 January 2016
Mengenali Kertas - Art Paper / Art Card
Kertas jenis ini lebih tebal sedikit dari kertas simili, sesuai untuk kegunaan kad jemputan atau poskad. Sedikit licin dari kertas simili tetapi masih boleh menulis dengan ballpen dan cop di atasnya. Art paper biasa terdapat dalam saiz 80gsm, 105gsm dan 157gsm manakala Art card terdapat saiz 260gsm dan 310gsm.
Mengenali kertas - Simili Paper
Umumnya kertas jenis ini terdapat dalam beberapa ketebalan yang berada dipasaran, biasanya 80gsm dan 100 gsm. Kualiti kertas sama seperti kertas A4 biasa yang kita guna untuk fotostat dan cetak dokumen pejabat dan sebagainya. Kertas ini tidak berkilat dan sesuai jika kita ingin mnggunakan cop setelah cetakan atau menulis menggunakan ballpen atau pen dakwat basah seperti borang tempahan, maklumat ahli, brochure dengan maklumat tempahan.
Wednesday, 20 January 2016
Servis MSZ Creative Printing
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
.
Kami menjalankan perniagaan percetakan yang beroperasi secara online ke seluruh Malaysia.
Antara servis yang kami tawarkan buat masa ini adalah seperti berikut ;
1) Business Card
2) Name Card
3) Flyers
4) Stickers
5) Letterhead
6) Paper Bag
7) Hardcover Book
8) Notebook
9) Premium Gift
10) T-Shirt
dan pelbagai lagi...
InsyaAllah kami akan mengembangkan & mempelbagaikan lagi servis kami di masa akan datang.
Jom "Whatsapp/Telegram" admin untuk menempah di 012.951.6132
Terima kasih.
Saturday, 16 January 2016
Mengenai MSZ Creative Printing
Sms/Call : 012.951.6132
Whatsapp/Telegram : 012.310.2739 (sementara)
Email : msz.creativeprinting@gmail.com
Website : http://mszcreativeprinting.blogspot.com